
Saya rasa sangat kecewa dengan sikap Najib dan kuncu-kuncu nya yang menafikan hak kerajaan negeri Kelantan atas soal perjanjian royalti minyak petronas-kelantan. Bagaimana mereka mengembar-gemburkan cerita yang buruk tentang tuan guru dan keluarga. Tentang doa. Apa salah tentang doa? Mereka adalah kaum yang lemah, yang tidak punya kuasa. Hanya doa sahaja yang mereka ada. Doa orang teraniya? Apa yang tak kena? Bagaimana kita mendoakan kejatuhan rejim zionis kerana menganiaya saudara kita di palestin, begitu juga yang berlaku di sini. masih ingatkah satu ketika dulu, kita sendiri pernah menganjurkan solat hajat beramai-ramai mendoakan kejatuhan rejim zionis.
Hanya kerana tidak ada isu, jangan biarkan isu bodoh yang menular. Terlalu tumpulkah pena wartawan-wartawan Malaysia atau mungkin merasakan mata pencarian itu lebih penting dari menegakkan kebenaran. Sudah kehabisan idea atau mungkin lemah dalam segala tindak-tanduk. Aku tahu, aku tak layak bersuara kerana aku bukan di tempat mereka. tentang tekanan dari orang atasan. Harapan saya semua orang tabah menghadapi dugaan.
Berkenaan pemerintahan sekarang. Semakin ketara rasanya berada di bawah pentadbiran kuku besi, Cuma wajahnya tidak kelihatan lagi. Menjerat diam-diam. Menafikan hak bersuara rakyat. Tidakkah mereka ini terfikir yang apa dilakukan ini cuma akan menambah kebencian rakyat pada mereka? Rakyat is now well educated and too stupid not realizing on all your stupid action! Bantulah ya Allah, buat mereka-mereka yang teraniya untuk mendapatkan hak mereka. I just can’t ignore it any longer. Susah bila berbicara guna emosi!! he he. Itu bicara ayah, lalu lebih baik diam dan memerhati. Lakukan tindakan bila tiba waktu nya nanti. Well said Ayah!!
0 comments:
Post a Comment